Pengumuman


Enyliza Butik


Antara testimoni pelanggan kami klik sini

Jom! Masak

Keow Teow Goreng Kerang

Bahan-bahan (7 - 8 orang)

1 Bungkus Keow Teow
1/2 Bungkus Daging/Ayam Cincang Ramly
20 Tangkai Cili Kering Diblend klu nk pedas tmbh lg klu xnk pedas blh kurg kn
5 Biji Bawang Besar Diblend
3 Ulas Bawang Putih Diblend
1kg Kerang(Rebus & Kopek)
Tauge
Daun Kucai
3 S/B Sos Cili
1 S/B Sos Tiram
Kicap Manis
Sedikit Garam & Gula
Kiub Ayam Knorr
Sedikit Minyak Masak

Cara-cara

1. Panaskn minyak,tumis bahan yg diblend(Cili Kering,bwg bsr & bwg putih) smp garing blh letak garam & gula utk cepat garing

2. Bile tumisan da garing masuk kn sos cili,Sos tiram,kicap,Kiub ayam Knorr,Italian gaul mesra

3. Kemudian Masuk kan Ayam/daging cincang td gaul mesra smp daging masak,bile daging da masak blh masukn tauge & Daun Kucai gaul smp bhn td masak kemudian masukn Keow Teow yg da di tos td gaul rata akhir skali gaul smp bhn2 betul2 sebati dgn keow teow kemudian blh hidangkn panas2

SELAMAT MENCUBA (^_^)






Kek Coklat Lembab


Bahan-Bahan
3 Biji Telur 
200gm Tepung Gandum
100 gm Gula
100 gm Koko
1 Cawan Minyak Masak
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan Air Panas
1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
1 Sudu Kecil Baking Powder

Cara-Cara
1. Panaskan Kukusan

2. Ayak Tepung bersama,soda bikarbonat,baking powder & serbuk koko kemudian ketepikan

3. Pukul telu & gula smp kembang

4. Kemudian masukan Susu Pekat & Minyak Ke dlm telur & gula yg da kembang td kacau sebati kemudian masuk kan campuran tepung yg da siap diayak sedkit demi sedikit di selang dgn air panas sehingga air panas n tepung habes,gaul sume bhn sebati.

5. Masukan adunan dlm loyang yg dah disapu mentega Kemudian Kukus selama 30-45minit  


Ketam Cili Black Pepper






Bahan-bahan ( 3-4 orang )

3-4 ekor ketam

3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

2 sudu besar cili (blend)

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar lada hitam (tumbuk)

sedikit air


Cara-cara

1. Goreng ketam separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan cili dan kacau.

3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan lada hitam. Tambahkan sedikit air.

4. Masukkan ketam tadi dan kacau hingga rata.

5. Kepekatan kuah ikut citarasa masing-masing. Kalau nak cair dan byk kuah, tambah air. Kalau nak pekat, biar ia kering.

Dipetik dari : www.myresipi.com


Spaghetti Goreng Pedas

Bahan-bahan (7 - 8 orang)

1 Bungkus Spaghetti (San Remo)
1/2 Bungkus Daging/Ayam Cincang Ramly
20 Tangkai Cili Kering Diblend klu nk pedas tmbh lg klu xnk pedas blh kurg kn
8 Biji Bawang Besar Diblend
5 Ulas Bawang Putih Diblend
2 Biji Capsicum Didadu
1 Tin Cendawan Dipotong Kecil
2 Biji Tomato Di dadu
1 S/B Lada Hitam
3 S/B Italian Herbs
1/2 Botol Sos Tomato
Sedikit Kicap Manis
Sedikit Garam & Gula
Kiub Ayam Knorr
Sedikit Minayk Masak @ Minyak Zaitun

Cara-cara

1 .Panas kan air sampai mendidih kemudian masuk kn spaghetti,rebus smp masak campur sedikit minyak utk mengelakn spaghetti melekat,da siap kemudian toskan.

2. Panaskn minyak,tumis bahan yg diblend(Cili Kering,bwg bsr & bwg putih) smp garing blh letak garam & gula utk cepat garing

3. Bile tumisan da garing masuk kn sos tomato,kicap,Kiub ayam Knorr,Italian Herbs & Lada Hitam gaul  mesra

4. Kemudian Masuk kan Ayam/daging cincang td gaul mesra smp daging masak,bile daging da masak blh masukn capsicum & cendawan gaul smp bhn td masak kemudian masukn spaghetti yg da di tos td gaul rata & akhir skali masuk kn tomato,gaul smp bhn2 betul2 sebati dgn spaghetti kemudian blh hidangkn panas2

SELAMAT MENCUBA (^_^)